Urusan Pengambilan

Bahagian Pendaftaran

1. Saya berminat menjadi penjawat awam. Bagaimana saya boleh memohon pekerjaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (eSPA Pahang)?

Permohonan pekerjaan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Pahang (eSPA Pahang) di pautan: https://espa.pahang.gov.my/

2. Adakah SPA Pahang menguruskan pengambilan semua jawatan tetap dalam perkhidmatan awam?

Tidak.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPA Pahang) merupakan Pihak Berkuasa Melantik bagi urusan pengambilan jawatan melibatkan perkhidmatan berikut sahaja:

a. Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang;

Bagi perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pelajaran, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, pasukan polis, Angkatan Tentera Malaysia dan pentadbiran kerajaan negeri yang lain, pemohon pekerjaan hendaklah merujuk kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkaitan.

3. Adakah saya perlu menunggu iklan kekosongan jawatan dikeluarkan sebelum memohon pekerjaan dalam Sistem eSPA Pahang?

Tidak perlu.

Permohonan pekerjaan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, pemohon hendaklah memastikan pendaftaran pekerjaan dalam Sistem eSPA Pahang masih dalam tempoh sah ketika iklan kekosongan jawatan yang dipohon dikeluarkan.

4. Berapa lamakah tempoh sah pendaftaran pekerjaan dalam Sistem eSPA Pahang?

Tempoh sah pendaftaran pekerjaan dalam Sistem eSPA Pahang adalah selama satu (1) tahun dari tarikh mendaftar atau mengemaskini permohonan.

7. Adakah terdapat had maksimum bilangan jawatan yang boleh saya mohon dalam Sistem eSPA Pahang?
Had maksimum jawatan yang boleh dipohon adalah 5 jawatan sahaja.
8. Bolehkah saya menghantar permohonan pekerjaan kepada SPA secara pos/ serahan tangan/ emel?
Tidak boleh. Semua permohonan pekerjaan hendaklah melalui Sistem eSPA Pahang.
9. Saya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). Adakah saya diberi keistimewaan untuk dilantik menjadi penjawat awam?

Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang memenuhi syarat kelayakan akan dilantik berdasarkan :-

Panduan Pengambilan Orang Kurang Upaya (OKU)

Pelaksanaan Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya

10. Saya merupakan pemegang biasiswa kerajaan. Adakah saya akan mendapat pertimbangan khas untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam?

Tidak.

Pemegang biasiswa kerajaan adalah tertakluk kepada prosedur pengambilan yang sama seperti pemohon yang lain mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

11. Saya merupakan pemastautin tetap. Adakah saya boleh memohon pekerjaan dalam Sistem eSPA Pahang?

Tidak boleh. Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak memohon pekerjaan melalui Sistem eSPA Pahang.

12. Saya tidak pasti jawatan apa yang sesuai dengan kelayakan akademik saya. Bagaimanakah saya memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan saya?
Pemohon disarankan merujuk maklumat Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas dalam Portal Rasmi SPA Pahang sebelum membuat permohonan.
13. Saya merupakan graduan luar negara. Bagaimanakah saya tahu institusi pengajian tinggi saya adalah diiktiraf bagi tujuan pelantikan ke dalam perkhidmatan awam?

Pemohon adalah disarankan untuk menyemak pengiktirafan kelayakan akademik dengan pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) melalui pautan:

https://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau;

Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan (eSISRAF) melalui pautan:

https://www2.mqa.gov.my/esisraf/

14. Saya memiliki kelayakan SPM dan Diploma. Bolehkah saya memohon jawatan Gred 11?

Tidak

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang melaksanakan dasar One Step Lower yang menetapkan bahawa:

  1. Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Kedoktoran hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  2. Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Kedoktoran dan Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik sahaja.
  3. Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik dan SPM/SVM hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik dan SPM/SVM sahaja.
  4. Pemohon yang memiliki kelayakan akademik SPM/SVM hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM/SVM sahaja.
17. Saya merupakan anggota tentera sedang berkhidmat. Bolehkah saya memohon jawatan dalam Sistem eSPA Pahang?
Tidak layak memohon kerana masih terikat kepada peraturan-peraturan perkhidmatan angkatan tentera yang sedang berkuat kuasa.
18. Bolehkah saya memohon jawatan menggunakan kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia sahaja?
Tidak boleh kerana tidak menepati syarat pelantikan ke skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa.
20. Saya telah berdaftar pekerjaan dalam Sistem eSPA Pahang. Bagaimanakah cara untuk saya mendapat maklumat panggilan temu duga?

Pemohon yang melepasi tapisan akan dimaklumkan melalui emel pemakluman ke alamat emel pemohon, hebahan Semakan Calon Layak Temu duga dalam Portal Rasmi SPA Pahang dan media sosial.

Temu Duga

1. Saya telah memohon jawatan dalam Sistem eSPA Pahang. Adakah saya akan dipanggil temu duga?

Pihak SPA Pahang akan mengeluarkan iklan bagi kekosongan sesuatu jawatan selepas mendapat kelulusan daripada JPA Malaysia dan SUK Pahang. Tapisan akan dilaksanakan dan diproses selepas selesai tarikh iklan ditutup.

2. Mengapakah saya tidak pernah dipanggil ke temu duga walaupun saya telah lama memohon jawatan dalam Sistem espa pahang?
  1. Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh SUK Pahang atau tiada kelulusan daripada pihak JPA;
  2. Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam data espa Pahang;
  3. Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya;
  4. Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon; dan
  5. Pemohon tidak melepasi asas tapisan dan kelayakan tambahan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.
5. Bolehkah saya menukar tarikh/pusat temu duga?

Boleh, tertakluk kepada faktor-faktor berikut:

Kecemasan;
Keagamaan;
Kesihatan; dan
perlu maklum dan hubungi urusetia terlebih dahulu.

Namun sebarang keputusan tertakluk kepada pihak urusetia temu duga.

6. Mengapakah saya tidak berjaya dalam temu duga?

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang calon gagal dalam temu duga.

Sebagai contoh:-

- Prestasi temu duga kurang memuaskan,

- Tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang  dimohon,

- Tidak dapat mengemukakan dokumen yang lengkap,

- Personaliti yang tidak bersesuaian dan

- Tidak memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

8. Bagaimana saya boleh menyemak keputusan temu duga?

Pemakluman melalui emel akan dihantar kepada calon yang berjaya.

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan temu duga akan diperolehi dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh temu duga diadakan.

Pihak SPA Pahang akan menghubungi calon yang berjaya.

Calon dianggap Tidak Berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh temu duga.

© Hakcipta Terpelihara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.
Portal ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 22 Jan 2025. Jumlah Pelawat : 396872
Kembali ke Atas
Malaysia 74.9% Malaysia
Unknown 22.3% Unknown
United States of America 2.1% United States of America

Jumlah:

34

Countries
396872
Jumlah: 396,872