Kelayakan

Syarat Kelayakan Lantikan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Kelayakan-kelayakan yang ditetapkan di dalam skim perkhidmatan adalah bagi memasti bahawa seseorang yang dilantik memiliki pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang bersesuaian dengan skop fungsi tugas sesuatu jawatan dalam perkhidmatan awam.  
  4. Gaji permulaan ditetapkan untuk seseorang pegawai yang dilantik tertakluk kepada skim perkhidmatan berkenaan.

    Penentuan gaji permulaan dalam skim perkhidmatan berdasarkan:

    • Mengikut tahap kelayakan
    • Mengikut bidang kelayakan
    • Mengikut nilai taraf kelayakan
    • Mengikut pengalaman dan
    • Bekas Tentera dan Polis ( Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2001 ).

SYARAT KELAYAKAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)/ PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

  1. Kelayakan PMR/PT3 Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
    Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PMR/PT3, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PMR/PT3 iaitu

    1. memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Lulus (Gred D) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Matematik di peringkat PMR; atau

    2. memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Lulus (Gred E) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Matematik di peringkat PT3.

  2. Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1 atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis/ bekas tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis/ tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:

SYARAT KELAYAKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/ SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)

  1. Kelayakan SPM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
    1. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:

      1. Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau

      2. Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang terkumpul dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

    2. Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/ Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.

  2. Kelayakan SVM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
    1. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut:

      1. Mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat Kepujian (Gred C); dan

      2. Kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.

  3. Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1 dan 2 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis/ bekas tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis/ tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:

Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM:
Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:

PERINGKAT TAKRIF
Mumtaz Cemerlang
Jayyid Jiddan Sangat Baik
Jayyid Baik
Maqbul Lulus
Rasib Gagal


Kelayakan STAM Untuk Lantikan Ke Perkhidmatan Awam
Calon-calon yang memiliki kelayakan STAM boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut:

  1. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:
    • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
    • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
    • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
    • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
    • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
    • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
    • tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
    • tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
    • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
    • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.

      ATAU

  2. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a) hingga (j) di atas.

Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

BIDANG MATA PELAJARAN
Bahasa Arab 1. Nahu dan Sarf
2. Insya’ dan Mutala’ah
3. Adab dan Nusus
4. ‘Arudh dan Qafiyah
5. Balaghah
Syariah 6. Fiqh
7. Hadith dan Mustolah
Usuluddin 8. Hifz Al-Quran dan Tajwid
9. Tauhid dan Mantiq
10. Tafsir dan Ulumuhu

Calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan dengan syarat lantikan STPM.

Format penyataan keputusan peperiksaan STPM
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengubah format penyataan keputusan dan penganugerahan gred bagi peperiksaan STPM kepada penyataan baru yang menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Format yang baru ini adalah selaras dengan sistem penyataan keputusan peperiksaan yang digunakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Format penyataan keputusan peperiksaan STPM yang baru ini telah melaporkan pencapaian calon dalam 11 gred berbanding dengan 7 gred yang sedia ada. Perbandingan penyataan bagi gred kertas dan gred mata pelajaran STPM yang sedia ada dan yang baru adalah seperti yang berikut :

Paper Grades Subject Grades Paper Grades Subject Grades NGMP
1 A A A 4.00
2 A A- A- 3.67
3 B B+ B+ 3.33
4 C B B 3.00
5 D B- B- 2.67
  D C+ C+ 2.33
6 E C C 2.00
7 R C- C- 1.67
8 R D+ D+ 1.33
  R D D 1.00
9 F F F 0.00

Bagi gred mata pelajaran,

  1. gred C hingga gred A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 dikira sebagai gred lulus penuh;
  2. gred D hingga gred C- yang diberi nilai 1.00 hingga 1.67 sebagai gred lulus dan
  3. gred F yang diberi nilai 0.00 sebagai gagal.

Nilai gred mata pelajaran adalah berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas bagi mata pelajaran berkenaan.

Penyataan keputusan peperiksaan STPM menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) ini akan dimulai dengan peperiksaan tahun 2003.

Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
Memaparkan senarai jawatan di Gred 29 yang boleh dimohon oleh calon yang memiliki kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas dan jadual gaji untuk setiap jawatan.

Catatan :

  • Kelayakan memohon jawatan di Gred 29 seperti senarai di bawah adalah berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016, Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017.
  • Gaji permulaan untuk calon yang memiliki kelayakan Sijil Matrikulasi KPM adalah pada gaji minimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum skim perkhidmatan yang berkaitan.
  • Untuk jawatan Penghulu, kelayakan yang perlu adalah Sijil Matrikulasi dan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan (Gaji permulaan ditetapkan pada RM1,846.15).

Sijil Matrikulasi
Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017, calon dengan kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memohon jawatan dalam 39 skim perkhidmatan di Gred 29 seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, calon masih lagi tertakluk kepada asas tapisan yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya sebelum layak ke peringkat ujian atau temu duga.

(Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 – Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam)

Berikut merupakan senarai matrikulasi di bawah KPM:

BIL. NAMA KOLEJ BIL. NAMA KOLEJ
1. Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia,
78300 Masjid Tanah, Melaka.
10. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
11. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26400 Bandar Jengka, Pahang
3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
12. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
KM 5, Jalan Kukup,
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
4. Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia,
02600 Arau, Perlis.
13. Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kathong Mukim Jugra,
42700 Banting, Selangor.
5. Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan OKK Daud, Merinding,
Peti Surat 81735,
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
14. Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Beg Berkunci No. 3,
16810 Selising, Kelantan.
6. Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan Payamas,
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
15. Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Lot 216, Fasa II,
Taman Perindustrian Sejingkat,
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.
7. Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia,
31600 Gopeng, Perak.
16. Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong,
09000 Kulim, Kedah.
8. Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
06010 Changlun, Kedah.
17. Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap,
06300 Kuala Nerang, Kedah.
9. Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26300 Gambang, Pahang.
   

Sistem Gred dan Mata Nilaian
Keputusan akhir penilaian semua mata pelajaran pengkhususan akan diberi dalam bentuk gred. Setiap gred akan diberi mata nilaian. Semua mata pelajaran pengkhususan (kecuali bahasa inggeris) akan diambil kira untuk pengiraan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).

Pengiraan:
Mata = Jam Kredit M/P x Mata Nilaian
PNGS = Jumlah Mata / Jam Kredit Semester Berkenaan
PNGK = Jumlah Mata Keseluruhan / Jumlah Jam Kredit Keseluruhan

Sistem Gred Keseluruhan

GRED MATA NILAIAN TARAF
A 4.00 Cemerlang
A- 3.67
B+ 3.33
B 3.00 Kepujian
B- 2.67
C+ 2.33 Lulus
C 2.00
C- 1.67 Gagal
D+ 1.33
D 1.00
F 0.00

Sistem Gred berdasarkan Subjek

GRED TARAF
A Cemerlang
B Kepujian
C Lulus
D
E Gagal

Diploma/STP/STPM/STAM/HSCDiploma/Ijazah Sarjana Muda

Sistem Penilaian
Sistem penilaian berasaskan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dilaksanakan bagi mewujudkan satu mekanisma untuk menilai pengetahuan siswazah universiti di Malaysia.

PNG (GPA)
PNG ialah Purata Nilai Gred ataupun dalam Bahasa inggeris bermaksud Grade Point Average (GPA). PNG merupakan markah dan gred pelajar untuk setiap semester. Ianya dikira bermula dari markah bagi setiap subjek yang diambil untuk sesuatu semester. Markah dari setiap subjek ini akan didarab dan dibahagi dengan jumlah kredit yang diambil.

Formula pengiraan:
PNG = Jumlah Nilai Gred (Nilai Gred x Kredit)
Jumlah Kredit

PNGK (CGPA)
PNGK ialah Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul ataupun dalam Bahasa inggeris bermaksud Cumulative Grade Point Average (CGPA). PNGK merupakan markah keseluruhan bagi semua semester yang telah diambil. Jumlah pointer dari semester satu dan akan di campurkan dengan semua semester sehingga semester akhir. Pelajar boleh membaiki PNGK dengan meningkatkan gred PNG pada setiap semester.

Formula Pengiraan:
PNGK = Jumlah nilai gred keseluruhan semester
Jumlah kredit untuk semua kod kursus

Adalah dimaklumkan bahawa kaedah penilaian PNGK bagi setiap universiti di Malaysia adalah berbeza-beza bergantung kepada ketetapan universiti. Sehubungan itu, bagi mendapatkan kaedah penilaian yang digunapakai oleh universiti tersebut maka dicadangkan untuk melayari laman sesawang universiti berkenaan bagi semakan lanjut.

Senarai Direktori Universiti Awam
http://jpt.mohe.gov.my/index.php/ipta/institusi-pendidikan-tinggi-awam/direktori-universiti-awam

© Hakcipta Terpelihara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.
Portal ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 09 Sep 2024. Jumlah Pelawat : 355313
Kembali ke Atas
Malaysia 94.4% Malaysia
Unknown 2.6% Unknown
United States of America 2.6% United States of America

Jumlah:

21

Countries
355313
Jumlah: 355,313