Piagam Pelanggan

Borang Permohonan

Memastikan borang permohonan disahkan dalam Sistem Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (e-SPA Pahang) dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh permohonan diterima.

Temu duga

Memastikan keputusan temu duga dikeluarkan dalam tempoh dua belas (12) minggu selepas tarikh akhir temu duga jawatan berkenaan

Lanjut Tempoh, Pertukaran/ Pelantikan & Rayuan Gaji

Memastikan keputusan permohonan pelanjutan tempoh percubaan, pertukaran perkhidmatan/pelantikan dan rayuan gaji dikeluarkan dalam tempoh lapan (8) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

Pengesahan dan Pemberian Taraf Berpencen

Memastikan keputusan permohonan pengesahan dalam jawatan dan pemberian taraf berpencen dikeluarkan dalam tempoh (6) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

Rayuan Tatatertib

Memastikan keputusan rayuan tatatertib dan rayuan kenaikan pangkat dikeluarkan dalam tempoh dua belas (12) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

Bayaran

Memastikan 100% tuntutan pembayaran dijelaskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap diterima.
© Hakcipta Terpelihara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.
Portal ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 09 Sep 2024. Jumlah Pelawat : 355313
Kembali ke Atas
Malaysia 94.4% Malaysia
Unknown 2.6% Unknown
United States of America 2.6% United States of America

Jumlah:

21

Countries
355313
Jumlah: 355,313