Etika Pemakaian

Calon Lelaki

Calon Lelaki

Etika Pakaian Penjawat Awam 2025 – Pegawai Lelaki

Bagi pegawai lelaki, tatacara berpakaian semasa bertugas adalah seperti berikut:

  1. Pegawai Gred 5 dan ke atas atau gred setara: 
  • Baju kemeja berlengan panjang, bertali leher dengan seluar panjang dan bertali pinggang. 
  • Baju kemeja berlengan panjang, berkolar Baju Melayu Cekak Musang atau berkolar Nehru atau berkolar Mandarin dengan seluar panjang dan bertali pinggang. 
  • Sut Nehru.
  • Lounge suit.
  1. Pegawai Gred 4 dan ke bawah atau gred setara:
  • Baju kemeja berlengan panjang atau pendek, bertali leher dengan seluar panjang dan bertali pinggang.
  • Baju kemeja berlengan panjang, berkolar Baju Melayu Cekak Musang atau berkolar Nehru atau berkolar Mandarin dengan seluar panjang dan bertali pinggang. 
  • Sut Nehru.
  • Lounge suit.
  1. Baju kemeja Batik Malaysia berlengan panjang. Kolar alternatif:

 Cekak musang

  • Nehru
  • Mandarin
  1. Baju kebangsaan lengkap dengan samping dan songkok hitam.

Semua pegawai lelaki hendaklah memakai kasut bertutup, stoking dan tali pinggang berwarna gelap.

Calon Wanita

Calon Wanita

Etika Pakaian Penjawat Awam 2025 – Pegawai Wanita 

Bagi pegawai wanita, tatacara berpakaian ketika bertugas adalah seperti berikut: 

  1. Pakaian Kebangsaan 

Baju kurung tradisional/baju kurung moden/baju kebaya

  1. Pakaian Batik
  • Baju kurung tradisional/baju kurung moden/baju kebaya
  • Blaus batik dipadankan dengan skirt labuh/seluar polos
  • Blaus polos dipadankan dengan skirt labuh batik
  1. Pakaian lain iaitu:
  • Sari
  • Ceongsam
  • Baju Punjabi
  • Pakaian tradiosional kaum-kaum lain di Malaysia
  • Pakaian jubah dibenarkan untuk majlis tertentu sahaja dengan kebenaran Ketua Jabatan
  1. Blaus yang digayakan dengan kain/skirt labuh atau seluar panjang
  2. Sut dua helai
  3. Sut tiga helai
  4. Pakaian yang sesuai dan sopan bagi pegawai hamil

Larangan Pemakaian dan Penampilan

© Hakcipta Terpelihara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.
Portal ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 03 Apr 2026. Jumlah Pelawat : 597395
Kembali ke Atas
Malaysia 68.9% Malaysia
Unknown 28.4% Unknown

Jumlah:

69

Countries
597395
Jumlah: 597,395