Dasar Privasi

Privasi Anda
Halaman ini menjelaskan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat diserahkan oleh pelawat. Jika anda membuat apa-apa urus niaga atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin dikongsi dengan agensi-agensi awam lain bagi membantu menyediakan perkhidmatan lebih berkesan dan cekap, sebagai contoh dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas daripada agensi-agensi lain.

Maklumat yang Dikumpulkan
Maklumat peribadi tidak akan dikumpulkan apabila anda melayari tapak web ini kecuali maklumat yang anda diserahkan melalui e-mel.

Apakah yang akan berlaku jika saya membuat pautan ke tapak web lain?
Tapak web ini mengandungi pautan ke tapak web yang lain. Dasar privasi ini hanya diterima pakai untuk tapak web ini. Sila beri perhatian bahawa tapak web yang dipautkan dengan tapak web kami mungkin mempunyai dasar privasi yang berlainan dan pelawat dinasihati supaya memeriksa dan memahami dasar privasi setiap tapak web.

Pindaan terhadap Dasar
Jika dasar privasi dipinda, pindaan akan dikemas kini dalam halaman ini. Dengan melawati halaman ini secara kerap, anda akan dikemas kini dengan maklumat terkini, bagaimana tapak ini digunakan dan bagaimana maklumat dikongsi dengan pihak-pihak lain dalam keadaan tertentu.

Hak Agensi dalam pemaparan input pengguna
Agensi berhak untuk tidak memaparkan maklum balas atau input yang tidak bersesuaian.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Perlindungan Data Peribadi - Akta Perlindungan Data Peribadi

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang ditubuhkan pada 16 Mei 2011 selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) iaitu Akta 709.

Tanggungjawab utama Jabatan ini ialah untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial oleh pengguna data supaya tidak disalahguna dan disalahpakai oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Keselamatan data peribadi pengguna perlu dilindungi bagi mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan terhadap penyimpanan atau pemprosesan data peribadi individu, awam dan swasta di Malaysia secara transaksi komersial adalah termaktub di bawah APDP ini.

Dalam menguatkuasakan APDP, JPDP telah mensyaratkan kepada semua golongan pengguna data peribadi yang terdiri daripada pihak individu mahupun swasta kecuali Kerajaan untuk berdaftar secara rasmi bagi tujuan melindungi hak-hak pengguna dan awam.

JPDP diketuai oleh Ketua Pengarah dengan dibantu oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah. Manakala, terdapat tiga bahagian utama di JPDP iaitu Bahagian Pendaftaran dan Operasi, Bahagian Pemantauan dan Bahagian Perundangan.

Sila layari laman ini https://www.pdp.gov.my

Dasar Privasi

© Hakcipta Terpelihara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.
Portal ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 09 Sep 2024. Jumlah Pelawat : 355313
Kembali ke Atas
Malaysia 94.4% Malaysia
Unknown 2.6% Unknown
United States of America 2.6% United States of America

Jumlah:

21

Countries
355313
Jumlah: 355,313