Latar Belakang SPA Pahang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Enakmen Suruhanjaya No. 22/1960. Kemudian Enakmen SPANP No. 22/1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen SPANP. No. 7/1991 yang mula berkuatkuasa mulai 01 Januari 1992. Pada Tahun 2019, semakan semula telah dibuat dan digantikan dengan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri 1991 [Enakmen 21].

Berdasarkan Fasal 4 keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri :-

4. (2) Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada :-

  1. Seorang Pengerusi
  2. Seorang Timbalan Pengerusi; dan
  3. Tidak kurang daripada empat (4) orang ahli lain, yang kesemuanya hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Menteri Besar. 

Fungsi

Berdasarkan kepada Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri 1991 telah diperuntukkan enam (6) tugas utama kepada Suruhanjaya Negeri seperti berikut:-

Perlantikan
Suruhanjaya menguruskan perlantikan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri secara Tetap, Sementara, Kontrak, Tukar Sementara dan Pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat perlantikan. Suruhanjaya boleh memberikan perwakilan kuasa kepada Kerajaan Negeri/ Jabatan bagi melantik pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam samada dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Pengesahan Ke Dalam Jawatan
Suruhanjaya berkuasa mengesahkan Anggota Perkhidmatan Awam dalam jawatan, menlanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan.

Kemasukan Ke Dalam Jawatan Berpencen
Suruhanjaya menguruskan kemasukan ke dalam jawatan berpencen kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

Kenaikan Pangkat
Suruhanjaya menguruskan kenaikan pangkat bagi Anggota Perkhidmatan Awam Negeri. Walau bagaimanapun kuasa bagi urusan kenaikan pangkat sekarang telah dijalankan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Kerajaan Negeri/ Jabatan. Suruhanjaya Negeri ini hanya berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat sahaja.

Pertukaran Perkhidmatan
Suruhanjaya berkuasa menukarkan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri secara tetap dari satu Skim Perkhidmatan ke satu Perkhidmatan yang lain dan dari satu Perkhidmatan ke Perkhidmatan yang lain bagi Skim Perkhidmatan yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar secara tetap pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar sementara dan pinjaman.

Kawalan Tatatertib
Suruhanjaya menguruskan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat dan hukuman-hukuman yang lain bagi pegawai-pegawai Pengurusan dan Profesional. Kuasa-kuasa tatatertib sehingga buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan telah diberikan kepada Lembaga-lembaga di peringkat Jabatan. Suruhanjaya berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib bagi kumpulan sokongan tersebut.

Objektif

Merancang dan mengawal urusan pengambilan dan perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pahang dijalankan dengan teratur dan efisyen.

Motto, Visi & Misi

Motto Jabatan
"Efisyen & Efektif"

Visi
Menjadikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang sebuah agensi yang terunggul, berwibawa dan profesional menjelang 2030

Misi
Memilih dan melantik anggota perkhidmatan awam yang berkualiti bagi memenuhi keperluan dan pembangunan negeri Pahang

© Hakcipta Terpelihara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.
Portal ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 09 Sep 2024. Jumlah Pelawat : 355313
Kembali ke Atas
Malaysia 94.4% Malaysia
Unknown 2.6% Unknown
United States of America 2.6% United States of America

Jumlah:

21

Countries
355313
Jumlah: 355,313