Bahagian Pendaftaran
Permohonan pekerjaan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Pahang (eSPA Pahang) di pautan: https://espa.pahang.gov.my/
Tidak.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPA Pahang) merupakan Pihak Berkuasa Melantik bagi urusan pengambilan jawatan melibatkan perkhidmatan berikut sahaja:
a. Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang;
Bagi perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pelajaran, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, pasukan polis, Angkatan Tentera Malaysia dan pentadbiran kerajaan negeri yang lain, pemohon pekerjaan hendaklah merujuk kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkaitan.
Tidak perlu.
Permohonan pekerjaan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, pemohon hendaklah memastikan pendaftaran pekerjaan dalam Sistem eSPA Pahang masih dalam tempoh sah ketika iklan kekosongan jawatan yang dipohon dikeluarkan.
Tempoh sah pendaftaran pekerjaan dalam Sistem eSPA Pahang adalah selama satu (1) tahun dari tarikh mendaftar atau mengemaskini permohonan.
Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang memenuhi syarat kelayakan akan dilantik berdasarkan :-
Panduan Pengambilan Orang Kurang Upaya (OKU)
Pelaksanaan Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya
Tidak.
Pemegang biasiswa kerajaan adalah tertakluk kepada prosedur pengambilan yang sama seperti pemohon yang lain mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Tidak boleh. Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak memohon pekerjaan melalui Sistem eSPA Pahang.
Pemohon adalah disarankan untuk menyemak pengiktirafan kelayakan akademik dengan pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) melalui pautan:
https://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau;
Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan (eSISRAF) melalui pautan:
Tidak
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang melaksanakan dasar One Step Lower yang menetapkan bahawa:
- Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Kedoktoran hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
- Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Kedoktoran dan Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik sahaja.
- Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik dan SPM/SVM hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik dan SPM/SVM sahaja.
- Pemohon yang memiliki kelayakan akademik SPM/SVM hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM/SVM sahaja.
Pemohon yang melepasi tapisan akan dimaklumkan melalui emel pemakluman ke alamat emel pemohon, hebahan Semakan Calon Layak Temu duga dalam Portal Rasmi SPA Pahang dan media sosial.
Temu Duga
Pihak SPA Pahang akan mengeluarkan iklan bagi kekosongan sesuatu jawatan selepas mendapat kelulusan daripada JPA Malaysia dan SUK Pahang. Tapisan akan dilaksanakan dan diproses selepas selesai tarikh iklan ditutup.
- Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh SUK Pahang atau tiada kelulusan daripada pihak JPA;
- Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam data espa Pahang;
- Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya;
- Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon; dan
- Pemohon tidak melepasi asas tapisan dan kelayakan tambahan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.
Boleh, tertakluk kepada faktor-faktor berikut:
Kecemasan;
Keagamaan;
Kesihatan; dan
perlu maklum dan hubungi urusetia terlebih dahulu.
Namun sebarang keputusan tertakluk kepada pihak urusetia temu duga.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang calon gagal dalam temu duga.
Sebagai contoh:-
- Prestasi temu duga kurang memuaskan,
- Tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang dimohon,
- Tidak dapat mengemukakan dokumen yang lengkap,
- Personaliti yang tidak bersesuaian dan
- Tidak memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.
Pemakluman melalui emel akan dihantar kepada calon yang berjaya.
Adalah dimaklumkan bahawa keputusan temu duga akan diperolehi dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh temu duga diadakan.
Pihak SPA Pahang akan menghubungi calon yang berjaya.
Calon dianggap Tidak Berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh temu duga.