Borang Permohonan
Memastikan borang permohonan disahkan dalam Sistem Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (e-SPA Pahang) dalam tempoh empat (4) hari daripada tarikh permohonan diterima.
Temu duga
Lanjut Tempoh, Pertukaran/ Pelantikan & Rayuan Gaji
Memastikan keputusan permohonan pelanjutan tempoh percubaan, pertukaran perkhidmatan/pelantikan dan rayuan gaji dikeluarkan dalam tempoh enam (6) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
Pengesahan dan Pemberian Taraf Berpencen
Memastikan keputusan permohonan pengesahan dalam jawatan dan pemberian taraf berpencen dikeluarkan dalam tempoh empat (4) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
Rayuan Tatatertib
Memastikan keputusan rayuan tatatertib dan rayuan kenaikan pangkat dikeluarkan dalam tempoh lapan (8) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
Bayaran
Memastikan 100% tuntutan pembayaran dijelaskan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap diterima.