Calon Lelaki
Etika Pakaian Penjawat Awam 2025 – Pegawai Lelaki
Bagi pegawai lelaki, tatacara berpakaian semasa bertugas adalah seperti berikut:
- Pegawai Gred 5 dan ke atas atau gred setara:
- Baju kemeja berlengan panjang, bertali leher dengan seluar panjang dan bertali pinggang.
- Baju kemeja berlengan panjang, berkolar Baju Melayu Cekak Musang atau berkolar Nehru atau berkolar Mandarin dengan seluar panjang dan bertali pinggang.
- Sut Nehru.
- Lounge suit.
- Pegawai Gred 4 dan ke bawah atau gred setara:
- Baju kemeja berlengan panjang atau pendek, bertali leher dengan seluar panjang dan bertali pinggang.
- Baju kemeja berlengan panjang, berkolar Baju Melayu Cekak Musang atau berkolar Nehru atau berkolar Mandarin dengan seluar panjang dan bertali pinggang.
- Sut Nehru.
- Lounge suit.
- Baju kemeja Batik Malaysia berlengan panjang. Kolar alternatif:
Cekak musang
- Nehru
- Mandarin
- Baju kebangsaan lengkap dengan samping dan songkok hitam.
Semua pegawai lelaki hendaklah memakai kasut bertutup, stoking dan tali pinggang berwarna gelap.
Calon Wanita
Etika Pakaian Penjawat Awam 2025 – Pegawai Wanita
Bagi pegawai wanita, tatacara berpakaian ketika bertugas adalah seperti berikut:
- Pakaian Kebangsaan
Baju kurung tradisional/baju kurung moden/baju kebaya
- Pakaian Batik
- Baju kurung tradisional/baju kurung moden/baju kebaya
- Blaus batik dipadankan dengan skirt labuh/seluar polos
- Blaus polos dipadankan dengan skirt labuh batik
- Pakaian lain iaitu:
- Sari
- Ceongsam
- Baju Punjabi
- Pakaian tradiosional kaum-kaum lain di Malaysia
- Pakaian jubah dibenarkan untuk majlis tertentu sahaja dengan kebenaran Ketua Jabatan
- Blaus yang digayakan dengan kain/skirt labuh atau seluar panjang
- Sut dua helai
- Sut tiga helai
- Pakaian yang sesuai dan sopan bagi pegawai hamil