Urusan Perkhidmatan

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

1. Apakah maksud Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

Pengesahan Dalam Perkhidmatan bermaksud proses memperakukan pegawai memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan satu (1) tahun hingga tiga (3) tahun.

2. Apakah tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

Mengesahkan pegawai dalam perkhidmatan apabila telah berkhidmat dalam tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun dan memenuhi syarat-syarat perkhidmatan dengan perakuan Ketua Jabatan bahawa pegawai telah menjalankan tugas dengan jujur, tekun dan berkebolehan serta berpuas hati dengan sifat peribadi dan kelakuannya.

4. Bagaimanakah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menentukan tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan seseorang pegawai?

Berdasarkan Surat Pekeliling SPA Bilangan 3 Tahun 2011, penetapan tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi seseorang pegawai seperti berikut (mengikut mana yang terdahulu):

i. sehari selepas genap satu (1) tahun perkhidmatan;
ii. sehari selepas menghadiri Program Transformasi Minda (PTM), setelah genap setahun perkhidmatan;
iii. sehari selepas lulus peperiksaan yang disyaratkan setelah genap setahun perkhidmatan;
iv. sehari selepas tarikh kuat kuasa opsyen; dan
v. sehari selepas mendapat perakuan Ketua Jabatan bagi pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan kerana tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan.

5. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan?

Enam (6) minggu daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

Pemberian Taraf Berpencen

1. Bilakah pegawai layak diberikan Pemberian Taraf Berpencen?

Pemberian Taraf Berpencen layak diberikan kepada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan (menolak Skim KWSP) dan telah berkhidmat genap tempoh selama tidak kurang dari tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira serta mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

3. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pemberian Taraf Berpencen?

Enam (6) minggu daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

Pelanjutan Tempoh Percubaan

1. Bilakah permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?

Perakuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun).

3. Berapa lamakan tempoh proses urusan Pelanjutan Tempoh Percubaan?

30 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

4. Bolehkan pegawai memohon salinan surat Pelanjutan Temph Percubaan?

Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, BPSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.

Pertukaran Perkhidmatan/Pertukaran Pelantikan

2. Apakah perbezaan antara pertukaran perkhidmatan dan pertukaran pelantikan dan apakah pekeliling-pekeliling yang perlu dirujuk?

Pertukaran perkhidmatan adalah pertukaran dalam skim perkhidmatan yang sama di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang sama tetapi berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berlainan (Surat Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2005).

Manakala pertukaran pelantikan pula adalah pertukaran dalam skim perkhidmatan yang sama tetapi di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan. [Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.1.3.2 Panduan Pertukaran Pelantikan].

Penamatan Perkhidmatan dan Pembatalan Tawaran Lantikan

1. Apakah peraturan yang berkaitan dengan urusan Penamatan Perkhidmatan dan dalam keadaan yang bagaimanakah seseorang pegawai itu boleh ditamatkan perkhidmatan?

Urusan Penamatan Perkhidmatan dilaksanakan mengikut Peraturan 48, 49 dan 50, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] seperti dinyatakan melalui pautan berikut:

https://spa.pahang.gov.my/images/pdf/WARTA_P.U_22_Peraturan%2048_49_50.pdf

3. Apakah peraturan yang berkaitan dengan urusan Pembatalan Tawaran Pelantikan dan dalam keadaan yang bagaimanakah seseorang pegawai itu boleh dibatalkan tawaran pelantikannya?

Urusan Pembatalan Pelantikan dilaksanakan mengikut Peraturan 20(5), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) [P.U.22] seperti dinyatakan melalui pautan berikut:

https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/bahagian-sumber-manusia/senarai-semak-urusan-perkhidmatan.

Kandungan sedang dikemaskini
Kandungan sedang dikemaskini
© Hakcipta Terpelihara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.
Portal ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 26 Dis 2024. Jumlah Pelawat : 382054
Kembali ke Atas
Malaysia 79.4% Malaysia
Unknown 17.4% Unknown
United States of America 2.4% United States of America

Jumlah:

30

Countries
382054
Jumlah: 382,054