Rayuan Tatatertib
Mengikut Peraturan 14(1), PHG.P.U.8 Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri 1994, rayuan tindakan tatatertib hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan tindakan tatatertib.
Ya, mengikut Peraturan 14(1), PHG.P.U.8 Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri 1994.
Ya, mengikut Peraturan 15(2), P.U.(A) 396/1993
Berdasarkan Peraturan 16(4), P.U.(A) 396/1993 Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam boleh-
- Menghantar kembali kes itu kepada Lembaga Tatatertib untuk ditimbang semula;
- Mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib;
- Mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib tentang salah laku perayu itu tetapi mengubah hukuman itu kepada hukuman yang lebih ringan; atau
- Mengakaskan keputusan dan hukuman Lembaga Tatatertib dan membebaskan perayu.
Tindakan Tatatertib
Tidak boleh.
Melainkan surat pertuduhan telah dihadapkan kepada pegawai sebelum tarikh kuat kuasa persaraan itu, maka tempoh perkhidmatan pegawai itu disifatkan sebagai telah dilanjutkan sehingga tindakan tatatertib itu diputuskan.
Selain daripada tindakan tatatertib, pegawai juga boleh ditamatkan perkhidmatan semasa dalam tempoh percubaan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) (Pahang ) 2016.
Tidak Hadir Bertugas
Tidak boleh.
Walau bagaimanapun sekiranya pegawai masih tidak hadir selepas dibebaskan sama ada dengan ikat jamin dan sebagainya, maka tindakan tatatertib boleh dikenakan bagi ketidakhadiran selepas pegawai dibebaskan.
Peraturan 29, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib ) (Pahang ) 2015, menjelaskan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.
Peraturan 30(5), Peraturan-Peraturan Pegawai awam (KelaKuan dan tatatertib ) (Pahang ) 2015, menjelaskan jika pegawai kembali bertugas ke pejabat dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan supaya prosiding tindakan tatatertib biasa dikenakan terhadap pegawai.
Penyalahgunaan Dadah
Boleh. Tindakan tatatertib ini diambil di bawah Peraturan(12) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (KelaKuan dan tatatertib ) (Pahang ) 2015 setelah Pegawai Perubatan Kerajaan memperakukan pegawai ialah seorang penagih dadah atau menggunakan atau mengambil selain bagi maksud perubatan, suatu dadah berbahaya atau menyalahgunakan suatu dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952.