Perutusan Pengerusi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Datang ke Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.

Kewujudan portal ini adalah untuk menyebarluas peranan dan fungsi SPA Pahang kepada masyarakat umum. Seiring dengan arus pemodenan dan teknologi maklumat pada masa ini, maka portal ini seharusnya dikongsi bersama dengan pelanggan yang pastinya inginkan maklumat di hujung jari.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang dipertanggungjawabkan dengan fungsi melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan
menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota dalam perkhidmatan di bawah bidang kuasanya mengikut peruntukan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri No. 7/1991.

Sejajar dengan penubuhannya SPA Pahang sentiasa teliti dalam pemilihan dan pelantikan anggota perkhidmatan awam Negeri Pahang Darul Makmur. Suruhanjaya ini akan terus berusaha dalam memastikan bahawa calon yang terbaik sahaja di lantik ke dalam perkhidmatan awam Negeri Pahang Darul Makmur. Kaedah penilaian akan sentiasa di perkasa.

Melalui Portal ini maklumat mengenai sejarah penubuhan, bidang kuasa, misi dan visi SPA Pahang di paparkan. Begitu juga maklumat lain seperti kekosongan jawatan dan syarat kelayakan lantikan juga terdapat di dalam portal ini. Para pengunjung juga berpeluang membuat capaian kepada pautan yang disediakan mengikut keperluan masing-masing.

SPA Pahang telah membangunkan Sistem Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (e-SPA) pada tahun 2019. Sistem e-Spa ini merupakan sistem yang lebih mesra pengguna dan membolehkan pemohon memohon pekerjaan secara online.

Adalah diharapkan portal ini dapat menjadi sumber rujukan yang bermanfaat untuk diakses oleh semua. Para pelawat portal ini turut dialu-alukan memberikan pandangan dan cadangan berhubung penambahbaikan perkhidmatan SPA Pahang seiring dengan usaha Suruhanjaya ini untuk meningkatkan mutu pencapaian perkhidmatan kami.

Sekian, Terima kasih.

YH. Dato’ Indera Haji Mohamad Roslan bin Harun, SIMP.,DSAP.,DIMP.,SMP.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Pahang
© Hakcipta Terpelihara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.
Portal ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 02 Dec 2024. Jumlah Pelawat : 374994
Kembali ke Atas
Malaysia 82.9% Malaysia
Unknown 13.7% Unknown
United States of America 2.6% United States of America

Total:

28

Countries
374994
Total: 374,994