Pengambilan

Pendaftaran

  • Sistem Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (eSPA Pahang)
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang telah menyediakan perkhidmatan atas talian (online) kepada orang awam melalui Sistem Permohonan Jawatan Online melalui Sistem Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (e-SPA Pahang) mulai awal tahun 2019.
  • Sistem ini membolehkan orang awam mendaftar permohonan secara atas talian, menyemak status permohonan jawatan, menyemak status layak temu duga dan menyemak keputusan temuduga.
  • Melalui sistem ini setiap pemohon yang berkelayakan dan berminat berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang boleh mendaftar secara atas talian (online).
  • Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tempoh sah laku adalah selama setahun.

Peperiksaan

SPA Pahang menggunapakai kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan. Di antara kaedah ujian yang digunakan adalah ujian psikometrik, ujian pengetahuan dan kemahiran kerja, ujian kompetensi serta temu duga.

Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera

Pemeriksaan Fizikal dan Pancainderabagi jawatan seperti Pemandu Gred H11

Temu duga

Panggilan layak temuduga akan dimaklumkan melalui Portal Rasmi SPA Pahang dan makluman melalui facebook.

Pelantikan

Kandungan sedang dikemaskini

OKU

Bagi maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya kepada tujuh (7) kategori utama ketidakupayaan seperti berikut :
Bil. Kategori Penjelasan
1. Kurang Upaya Pendengaran

Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu:

Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)
Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB)
Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB)
Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB)
2. Kurang Upaya Penglihatan

Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan sepeti cermin mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada:

Buta (Blind)
Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation;

Penglihatan Terhad (Low Vision/Partially Sighted)
Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation.

3. Kurang Upaya Fizikal Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.
4. Masalah Pembelajaran Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay).
5. Kurang Upaya Pertuturan Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar.
6. Kurang Upaya Mental Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.
7. Kurang Upaya Pelbagai Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima (5) kategori lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai.
© Hakcipta Terpelihara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.
Portal ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 20 Nov 2024. Jumlah Pelawat : 372359
Kembali ke Atas
Malaysia 84.8% Malaysia
Unknown 12.0% Unknown
United States of America 2.6% United States of America

Total:

28

Countries
372359
Total: 372,359