Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

[wpdts item=""]
faq
ikot peta laman
B2
PORTAL RASMI
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG

Temu duga

Pihak SPA Pahang akan mengeluarkan iklan bagi kekosongan sesuatu jawatan selepas mendapat kelulusan daripada JPA Malaysia dan SUK Pahang. Tapisan akan dilaksanakan dan diproses selepas selesai tarikh iklan dipamerkan.

1) Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh SUK Pahang atau tiada kelulusan daripada pihak JPA;
2) Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam data espa Pahang;
3) Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya;
4) Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon (boleh rujuk di https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/klasifikasi/klasifikasi.asp); dan
5) Pemohon tidak melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.

Boleh, tertakluk kepada faktor-faktor berikut:

Kecemasan;
Keagamaan;
Kesihatan; dan
perlu maklum dan hubungi urusetia terlebih dahulu

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang calon gagal dalam temu duga. Sebagai contoh, prestasi temu duga kurang memuaskan, tidak membuat persediaan dari segi mental dan fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang dimohon, tidak dapat mengemukakan dokumen yang lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan tidak memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Sekiranya tuan/puan memenuhi syarat perkhidmatan jawatan dan melepasi tapisan yang telah ditetapkan, nama tuan/puan akan tersenarai sebagai Layak Temu duga.

Semakan panggilan Layak Temu duga akan dimaklumkan dalam portal rasmi SPA Pahang dan melalui facebook untuk semakan Calon Layak Temu duga di dalam sistem espa pahang di url https://espa.pahang.gov.my/.

Pemakluman melalui emel dan Infoblast massage akan dihantar kepada calon layak temu duga. Calon layak temu duga akan menerima Surat tawaran temu duga dan borang maklumat tambahan SPA.PHG. 2 yang perlu dicetak di dalam menu ‘semakan permohonan’.

sekiranya tuan/puan tidak berjaya, semakan akan memaparkan “TIADA URUSAN PENGAMBILAN PADA MASA INI”.

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan layak temu duga akan diperolehi dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh temu duga jawatan diadakan. Pihak SPA Pahang akan menghubungi calon yang berjaya dan sekiranya calon layak temu duga tidak dihubungi dalam tempoh selepas 3 bulan akan dianggap tidak berjaya.

Translate »