Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

[wpdts item=""]
faq
ikot peta laman
B2
PORTAL RASMI
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG

LATAR BELAKANG

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Enakmen Suruhanjaya No. 22/1960. Kemudian Enakmen SPANP No. 22/1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen SPANP. No. 7/1991 yang mula berkuatkuasa mulai 01 Januari 1992. Pada Tahun 2019, semakan semula telah dibuat dan digantikan dengan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri 1991 [Enakmen 21].

Berdasarkan Fasal 4 keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri  :-

4. (2) Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada :-

i)   Seorang Pengerusi
ii)  Seorang Timbalan Pengerusi; dan
iii)  Tidak kurang daripada empat (4) orang ahli lain, yang kesemuanya hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Menteri Besar. 

Alt
Translate »