Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

[wpdts item=""]
faq
ikot peta laman
B2
PORTAL RASMI
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG

PERUTUSAN PENGERUSI SPANP

Pengerusi
YH. DATO’ INDERA HAJI MOHAMAD ROSLAN BIN HARUN, SIMP.,DSAP.,DIMP.,SMP.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Datang ke Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.

Kewujudan portal ini adalah untuk menyebarluas peranan dan fungsi SPA Pahang kepada masyarakat umum. Seiring dengan arus pemodenan dan teknologi maklumat pada masa ini, maka portal ini seharusnya dikongsi bersama dengan pelanggan yang pastinya inginkan maklumat di hujung jari.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang dipertanggungjawabkan dengan fungsi melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan
menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota dalam perkhidmatan di bawah bidang kuasanya mengikut peruntukan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri No. 7/1991.

Sejajar dengan penubuhannya SPA Pahang sentiasa teliti dalam pemilihan dan pelantikan anggota perkhidmatan awam Negeri Pahang Darul Makmur. Suruhanjaya ini akan terus berusaha dalam memastikan
bahawa calon yang terbaik sahaja di lantik ke dalam perkhidmatan awam Negeri Pahang Darul Makmur. Kaedah penilaian akan sentiasa di perkasa.

Melalui Portal ini maklumat mengenai sejarah penubuhan, bidang kuasa, misi dan visi SPA Pahang di paparkan. Begitu juga maklumat lain seperti kekosongan jawatan dan syarat kelayakan lantikan juga terdapat di dalam portal ini. Para pengunjung juga berpeluang membuat capaian kepada pautan yang disediakan mengikut keperluan masing-masing.

SPA Pahang telah membangunkan Sistem Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (e-SPA) pada tahun 2019. Sistem e-Spa ini merupakan sistem yang lebih mesra pengguna dan membolehkan pemohon memohon pekerjaan secara online.

Adalah diharapkan portal ini dapat menjadi sumber rujukan yang bermanfaat untuk diakses oleh semua. Para pelawat portal ini turut dialu-alukan memberikan pandangan dan cadangan berhubung penambahbaikan perkhidmatan SPA Pahang seiring dengan usaha Suruhanjaya ini untuk meningkatkan mutu pencapaian perkhidmatan kami.

 Sekian, Terima kasih.

Translate »