URUSAN PENGAMBILAN
- Sistem Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (eSPA Pahang)
-
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang telah menyediakan perkhidmatan atas talian (online) kepada orang awam melalui Sistem Permohonan Jawatan Online melalui Sistem Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (e-SPA Pahang) mulai awal tahun 2019.
-
Sistem ini membolehkan orang awam mendaftar permohonan secara atas talian, menyemak status permohonan jawatan, menyemak status layak temu duga dan menyemak keputusan temuduga.
-
Melalui sistem ini setiap pemohon yang berkelayakan dan berminat berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang boleh mendaftar secara atas talian (online).
-
Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tempoh sah laku adalah selama setahun.
SPA Pahang menggunapakai kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan. Di antara kaedah ujian yang digunakan adalah ujian psikometrik, ujian pengetahuan dan kemahiran kerja, ujian kompetensi serta temu duga.
Pemeriksaan Fizikal dan Pancainderabagi jawatan seperti Pemandu Gred H11
Panggilan layak temuduga akan dimaklumkan melalui portal rasmi spa pahang danmakluman melalui facebook.
Orang Kurang Upaya