Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

[wpdts item=""]
faq
ikot peta laman
B2
PORTAL RASMI
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG

SOALAN LAZIM URUSAN PENGAMBILAN

BAHAGIAN PENDAFTARAN

Permohonan pekerjaan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Pahang (eSPA Pahang) di pautan: https://espa.pahang.gov.my/

Tidak.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPA Pahang) merupakan Pihak Berkuasa Melantik bagi urusan pengambilan jawatan melibatkan perkhidmatan berikut sahaja:


a. Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang;

Bagi perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pelajaran, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, pasukan polis, Angkatan Tentera Malaysia dan pentadbiran kerajaan negeri yang lain, pemohon pekerjaan hendaklah merujuk kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkaitan.


Tidak perlu.

Permohonan pekerjaan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, pemohon hendaklah memastikan pendaftaran pekerjaan dalam Sistem eSPA Pahang masih dalam tempoh sah ketika iklan kekosongan jawatan yang dipohon dikeluarkan.

Tempoh sah pendaftaran pekerjaan dalam Sistem eSPA Pahang adalah selama satu (1) tahun dari tarikh mendaftar atau mengemaskini permohonan.

Had maksimum jawatan yang boleh dipohon adalah 5 jawatan sahaja.

Tidak boleh. Semua permohonan pekerjaan hendaklah melalui Sistem eSPA Pahang.

Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang memenuhi syarat kelayakan akan dilantik berdasarkan :-

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2008

Pelaksanaan Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya

 

Tidak.

Pemegang biasiswa kerajaan adalah tertakluk kepada prosedur pengambilan yang sama seperti pemohon yang lain mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Tidak boleh.

Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak memohon pekerjaan melalui Sistem eSPA Pahang.

Pemohon disarankan merujuk maklumat Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas dalam Portal Rasmi SPA Pahang sebelum membuat permohonan.

Pemohon adalah disarankan untuk menyemak pengiktirafan kelayakan akademik dengan pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) melalui pautan: https://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan (eSISRAF) melalui pautan: https://www2.mqa.gov.my/esisraf/

Tidak

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang melaksanakan dasar One Step Lower yang menetapkan bahawa:

  1. Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Kedoktoran hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  2. Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Kedoktoran dan Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik sahaja.
  3. Pemohon yang memiliki kelayakan akademik Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik dan SPM/SVM hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Diploma/ STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi/ Sijil Politeknik dan SPM/SVM sahaja.
  4. Pemohon yang memiliki kelayakan akademik SPM/SVM dan PMR/PT3 hanya layak memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM/SVM dan PMR/PT3 sahaja

Tidak layak memohon kerana masih terikat kepada peraturan-peraturan perkhidmatan angkatan tentera yang sedang berkuat kuasa.

 

Tidak boleh kerana tidak menepati syarat pelantikan ke skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa.

  1. Syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkaitan; atau
  2. Syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkaitan seperti keperluan bidang akademik bagi gred 29 ke atas dan kepujian dalam mata pelajaran tertentu di peringkat SPM bagi gred 19; atau
  3. Syarat Merit daripada Suruhanjaya; atau
  4. Tiada Kekosongan jawatan berkenaan.

Pemohon yang melepasi tapisan akan dimaklumkan melalui emel pemakluman ke alamat emel pemohon, hebahan Semakan Calon Layak Temu duga dalam Portal Rasmi SPA Pahang dan Facebook Rasmi SPA Pahang.

Translate »