SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN PEKERJAAN (ESPA PAHANG)
Sistem espa pahang
- Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu maklumat Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas dan Panduan Pengguna espa pahang sebelum mengemukakan permohonan dalam sistem espa pahang.
- Boleh juga semak di Laman Web EZskim.
Daftar Akaun Baharu dan Lupa Kata Laluan
- Bagi pemohon yang pertama kali mendaftarkan akaun baharu, pemohon adalah dikehendaki mengisi Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan).
- Bagi pemohon yang pernah berdaftar dalam espa pahang dan terlupa kata laluan, pemohon adalah dikehendaki mengisi semula maklumat asas dan maklumat soalan keselamatan (nama ibu pemohon dan negeri lahir pemohon/ alamat seperti dalam kad pengenalan pemohon) untuk tujuan set semula kata laluan.
kaedah untuk lupa kata laluan
- Gunakan butang lupa kata laluan dan kata laluan sementara akan dihantar ke emel pemohon.
- Kemukakan nama dan nombor kad pengenalan melalui emel ke spa.pahang.gov.my
Pendaftaran espa pahang
layari : https://espa.pahang.gov.my/
Lain-lain Syarat
1. Calon atau Ibu atau Bapa (sekurang-kurangnya salah seorang) wajib dikalangan orang pahang. Perlukan Surat Pemastautin semasa hadir temu duga sekiranya calon bukan dikalangan orang pahang.
2. Calon perlu berdaftar sebagai Pengundi Daftar Pemilih Negeri Pahang. Semak
3. Tapisan jawatan berdasarkan pada iklan kekosongan, memenuhi syarat kelayakan jawatan perkhidmatan serta memenuhi syarat kelayakan merit yang ditentukan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.