Perutusan Setiausaha
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan ‘Selamat Datang’ dan selamat melayari portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.
Portal yang dibangunkan ini, bertindak sebagai satu kaunter maya yang memberikan maklumat kepada jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan dan juga orang awam khususnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala aktiviti yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya ini. Semoga portal ini mampu menjadi wadah terbaik bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan suruhanjaya ini untuk mendapatkan segala maklumat dan informasi yang diperlukan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang telah menggunakan Sistem Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (e-SPA) bagi urusan pengambilan secara atas talian yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Sistem ini mula di guna pakai pada 2019 oleh pemohon yang ingin mengisi kekosongan jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang berharap sistem e-SPA ini dapat membantu pemohon – pemohon yang ingin memohon kekosongan jawatan sektor awam di Negeri Pahang dan berharap proses pengambilan akan menjadi lebih pantas dan cekap.
Akhir sekali, saya berharap dengan adanya portal ini pengguna mendapat manfaat dan informasi mengenai Suruhanjaya ini. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklumbalas pengguna dan meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan.
Sekian, terima kasih.
ROSLINDA BINTI AB RAZAK
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang