Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan SPANP
Kami bertanggungjawab untuk memberi Perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta layanan yang adil dan saksama. Dengan itu kami berjanji :-
- Memastikan borang permohonan disahkan dalam Sistem Permohonan Pekerjaan Perkhdimatan Awam Negeri Pahang (eSPA Pahang) dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh permohonan diterima.
- Memastikan keputusan temu duga dikeluarkan dalam tempoh dua belas (12) minggu selepas tarikh akhir temu duga jawatan berkenaan.
- Memastikan keputusan permohonan pelanjutan tempoh percubaan, pertukaran perkhidmatan/pelantikan dan rayuan gaji dikeluarkan dalam tempoh lapan (8) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memastikan keputusan permohonan pengesahan dalam jawatan dan pemberian taraf berpencen dikeluarkan dalam tempoh (6) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memastikan keputusan rayuan tatatertib dan rayuan kenaikan pangkat dikeluarkan dalam tempoh dua belas (12) minggu daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memastikan 100% tuntutan pembayaran dijelaskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap diterima.