• images/slider/vip2017-i.jpg
  • images/slider/DATO AHLI SPA 2016.JPG
  • images/slider/IKLAN  SPA.JPG
  • images/slider/Pindaan tarikh temuduga.JPG
  • images/slider/SLIDER SEPANJANG MASA.JPG
  • images/slider/spa 2016.JPG
  • images/slider/myid.png
  • images/slider/EKSA BANNER CEMERLANG.PNG
  • images/slider/azman edit SPA 2016 PNG.PNG

Pengumuman

Makluman Penting :

Pejabat SPA Negeri Pahang telah berpindah ke Aras Bawah, Blok C, Wisma Sri Pahang.
Walaubagaimanapun pusat temu duga di Kuantan masih beroperasi seperti biasa dan akan dimaklumkan kepada calon sekiranya terdapat perubahan.

----------------------------------------

Pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami. Sekian dimaklumkan.

 

PengenalanPerutusan Setiausaha


Perutusan Setiausaha

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

 

Saya dengan limpah dan kurnianya memanjat syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menyampaikan perutusan dalam Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.

Sepanjang tahun 2015 ini Suruhanjaya telah dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang termateri dalam Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Bil.7/91 secara cekap, adil dan berkesan. Kerjasama yang baik dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anggota urusetia serta semua Ahli Suruhanjaya dalam merancang dan melaksanakan fungsi Suruhanjaya telah meningkatkan kecemerlangan dan kualiti kerja.

 Di era globalisasi ini, portal / laman web kerajaan merupakan antara saluran utama untuk pengunjung menyemak dan mendapatkan maklumat mahupun perkhidmatan dengan cepat dan mudah. Portal yang dibangunkan ini, bertindak sebagai satu kaunter maya yang memberikan maklumat kepada jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan dan juga orang awam khususnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala aktiviti yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya ini. Dengan adanya portal ini, para pengujung dapat menghubungi Suruhanjaya secara terus bagi membantu menjayakan keperluan mereka.

Harapan saya, semoga maklumat dan perkhidmatan yang disampaikan melalui portal ini memberi manfaat dan berupaya menyediakan “khidmat pantas di jari anda”. Sebarang pandangan dan cadangan membina dalam memantapkan portal yang di sediakan ini amatlah dialu-alukan dan dihargai.

Selamat melayari Portal Rasmi Suruhanjya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.

Sekian, terima kasih.

SUHAILI BINTI DAUD
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

Telah Dikemaskini pada Jumaat, 20 Mac 2015 09:32

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Mampu Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Laman Web PEMUDAH MSC Malaysia MyIdeas Laman Web Institut Integriti Malaysia (IIM) Laman Web Ketua Setiausaha Malaysia Laman Web 1Malaysia Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Laman Web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Laman Web Biro Pengaduan Awam

Statistik Pengunjung

Hari IniHari Ini489
SemalamSemalam440
Minggu IniMinggu Ini1322
Bulan IniBulan Ini17492
JumlahJumlah974280
Free business joomla templates