Latar Belakang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Enakmen Suruhanjaya No. 22/1960. Kemudian Enakmen SPANP No. 22/1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen SPANP. No. 7/1991 yang mula berkuatkuasa mulai 01 Januari 1992.
Mengikut Fasal Empat (4) Keanggotaan Suruhanjaya ini terdiri daripada :-
i) Seorang Pengerusi
ii) Seorang Timbalan Pengerusi; dan
iii) Tidak kurang daripada empat (4) Ahli yang kesemuanya hendaklah dilantik oleh Raja menurut budibicara baginda tetapi selepas menimbangkan nasihat Menteri Besar mengikut Seksyen 4 (2) Enakmen SPANP No. 7/1991.