Fungsi
FUNGSI
Berdasarkan kepada Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri No. 7/1991 telah diperuntukkan enam (6) tugas utama kepada Suruhanjaya Negeri seperti berikut:-
-
Perlantikan
Suruhanjaya menguruskan perlantikan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri secara Tetap, Sementara, Kontrak, Tukar Sementara dan Pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat perlantikan. Suruhanjaya boleh memberikan perwakilan kuasa kepada Kerajaan Negeri/ Jabatan bagi melantik pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam samada dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan. -
Pengesahan Ke Dalam Jawatan
Suruhanjaya berkuasa mengesahkan Anggota Perkhidmatan Awam dalam jawatan, menlanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan. -
Kemasukan Ke Dalam Jawatan Berpencen
Suruhanjaya menguruskan kemasukan ke dalam jawatan berpencen kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada tiga (3) tahun. -
Kenaikan Pangkat
Suruhanjaya menguruskan kenaikan pangkat bagi Anggota Perkhidmatan Awam Negeri. Walau bagaimanapun kuasa bagi urusan kenaikan pangkat sekarang telah dijalankan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Kerajaan Negeri/ Jabatan. Suruhanjaya Negeri ini hanya berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat sahaja. -
Pertukaran Perkhidmatan
Suruhanjaya berkuasa menukarkan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri secara tetap dari satu Skim Perkhidmatan ke satu Perkhidmatan yang lain dan dari satu Perkhidmatan ke Perkhidmatan yang lain bagi Skim Perkhidmatan yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar secara tetap pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar sementara dan pinjaman. -
Kawalan Tatatertib
Suruhanjaya menguruskan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat dan hukuman-hukuman yang lain bagi pegawai-pegawai Pengurusan dan Profesional. Kuasa-kuasa tatatertib sehingga buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan telah diberikan kepada Lembaga-lembaga di peringkat Jabatan. Suruhanjaya berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib bagi kumpulan sokongan tersebut.