BERITA

SISTEM PERMOHONAN PEKERJAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG (eSPA Pahang)
https://espa.pahang.gov.my/
Sistem baru ini boleh digunakan mulai 24 Disember 2018. Sistem ini dipertingkatkan ciri ciri keselamatannya iaitu, Pemohon mempunyai ID dan KATALALUAN untuk LOG IN Masuk serta boleh mengemaskini maklumat pada bila bila masa tanpa membuat permohonan semula sepertimana Sistem terdahulu. Sekian untuk makluman.

PENGUMUMAN PENTING

Pengumuman Permohononan Perjawatan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang newspaper

TENDER

Maaf, Tiada Tender/Sebut harga yang dikeluarkan pada masa ini

MOHON ONLINE

KLIK PAUTAN INI UNTUK PENDAFTARAN PERMOHONAN ONLINE

 

PEMBERITAHUAN 

SEKIRANYA TERLUPA KATA LALUAN :-

1.  Tuan/Puan boleh menggunakan butang lupa kata laluan yang akan dihantar ke emel tuan/puan atau;
     - Kalau keluar popup "Maaf. Data Yang Tidak Dapat Dikenalpasti @ Tidak Didaftarkan Di Dalam Sistem!" - disebabkan alamat emel salah didaftarkan atau salah masukkan Maklumat Soalan  Keselamatan. sebagai contoh nama ibu ( AZIAH @ AZIAH BINTI ALI )

2.  Tuan/Puan boleh kemukakan nama dan no kad pengenalan dan emel ke spa@pahang. gov.my. atau;

3.  Tuan/Puan boleh hubungi pejabat SPA pahang ditalian 09-5126629 / 09-5126737.

harap maklum.

TATACARA DAN ETIKA PAKAIAN MENGHADIRI TEMUDUGA DISINI

 KEKOSONGAN JAWATAN 2019KLIK

- Tiada kekosongan Jawatan buat masa ini.

  

KEPUTUSAN PANGGILAN LAYAK TEMUDUGA 2019 

Tarikh Temuduga :

 - Pembantu Tadbir (perkeranian/Operasi) Gred N19

    05 hingga 07.11.2019 - Kuantan dan Temerloh

    11 hingga 14.11.2019 - Kuantan, Temerloh dan Bentong

    18 hingga 21.11.2019 - Kuantan

 

KEPUTUSAN BERJAYA TEMUDUGA  2019 

- Tiada Keputusan Berjaya Temuduga buat masa ini.

 

 

Blog

Perutusan Setiausaha

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Saya dengan limpah dan kurnianya memanjat syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menyampaikan perutusan dalam Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.

Sepanjang tahun 2015 ini Suruhanjaya telah dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang termateri dalam Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Bil.7/91 secara cekap, adil dan berkesan. Kerjasama yang baik dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anggota urusetia serta semua Ahli Suruhanjaya dalam merancang dan melaksanakan fungsi Suruhanjaya telah meningkatkan kecemerlangan dan kualiti kerja.

 Di era globalisasi ini, portal / laman web kerajaan merupakan antara saluran utama untuk pengunjung menyemak dan mendapatkan maklumat mahupun perkhidmatan dengan cepat dan mudah. Portal yang dibangunkan ini, bertindak sebagai satu kaunter maya yang memberikan maklumat kepada jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan dan juga orang awam khususnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala aktiviti yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya ini. Dengan adanya portal ini, para pengujung dapat menghubungi Suruhanjaya secara terus bagi membantu menjayakan keperluan mereka.

Harapan saya, semoga maklumat dan perkhidmatan yang disampaikan melalui portal ini memberi manfaat dan berupaya menyediakan “khidmat pantas di jari anda”. Sebarang pandangan dan cadangan membina dalam memantapkan portal yang di sediakan ini amatlah dialu-alukan dan dihargai.

Selamat melayari Portal Rasmi Suruhanjya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.

Sekian, terima kasih.

SUHAILI BINTI DAUD
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

PAUTAN PORTAL KERAJAAN

mygov jata mampu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA Vector Logo 720x340 spp spr Logo Biro Pengaduan Awan BPA MSC Status pemudah
MALAYSIA GOVERMENT PAHANG GOVERMENT MAMPU SPA MALAYSIA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM SPP SPR BIRO PENGADUAN AWAM MSC MALAYSIA PEMUDAH