BERITA

SISTEM PERMOHONAN PEKERJAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG (eSPA Pahang)
https://espa.pahang.gov.my/
Sistem baru ini boleh digunakan mulai 24 Disember 2018. Sistem ini dipertingkatkan ciri ciri keselamatannya iaitu, Pemohon mempunyai ID dan KATALALUAN untuk LOG IN Masuk serta boleh mengemaskini maklumat pada bila bila masa tanpa membuat permohonan semula sepertimana Sistem terdahulu. Sekian untuk makluman.

PENGUMUMAN PENTING

Pengumuman Permohononan Perjawatan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang newspaper

TENDER

Maaf, Tiada Tender/Sebut harga yang dikeluarkan pada masa ini

MOHON ONLINE

KLIK PAUTAN INI UNTUK PENDAFTARAN PERMOHONAN ONLINE

 

PEMBERITAHUAN 

SEKIRANYA TERLUPA KATA LALUAN :-

1.  Tuan/Puan boleh menggunakan butang lupa kata laluan yang akan dihantar ke emel tuan/puan atau;
     - Kalau keluar popup "Maaf. Data Yang Tidak Dapat Dikenalpasti @ Tidak Didaftarkan Di Dalam Sistem!" - disebabkan alamat emel salah didaftarkan atau salah masukkan Maklumat Soalan  Keselamatan. sebagai contoh nama ibu ( AZIAH @ AZIAH BINTI ALI )

2.  Tuan/Puan boleh kemukakan nama dan no kad pengenalan dan emel ke spa@pahang. gov.my. atau;

3.  Tuan/Puan boleh hubungi pejabat SPA pahang ditalian 09-5126629 / 09-5126737.

harap maklum.

TATACARA DAN ETIKA PAKAIAN MENGHADIRI TEMUDUGA DISINI

 

KEKOSONGAN JAWATAN 2020

Iklan Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser   new2

                                                                   

KEPUTUSAN PANGGILAN LAYAK TEMUDUGA 2020 

- Semakan Keputusan Panggilan Layak Temuduga bagi jawatan berikut :-

   Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 

Tarikh Temuduga  Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W19 : 

13 - 16 Januari 2020 -  Kuantan

21 - 23 Januari 2020 - Kuantan

 

Tarikh Temuduga  Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 : 

21 -23 Januari 2020 - Kuantan 

 

KEPUTUSAN BERJAYA TEMUDUGA  2020

- Tiada Keputusan Berjaya Temuduga Jawatan buat masa sekarang

 

Blog

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Soalan Lazim

Soalan Lazim

PENDAFTARAN ONLINE

  1. Bagaimana untuk memohon jawatan dalam kerajaan ?  Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam negeri hendaklah dibuat secara online di Sistem Permohonan Pekerjaan Pahang (eSPA Pahang).
  1. Bagaimana ingin mendapatkan ID LOG Masuk bagi mengisi Pendaftaran Pekerjaan  Dalam (eSPA Pahang) ? Pemohon perlu menggunakan No.Kad Pengenalan  dan mencipta kata laluan sendiri dengan klik “Daftar Akaun Baru” dan boleh merujuk manual panduan daftar akaun baru di tetingkap, https://espa.pahang.gov.my/ (Sistem Permohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (eSPA Pahang)).
  1. Bagaimana saya ingin mengemaskini pendaftaran saya ? Setelah calon berjaya mencipta ID dan kata laluan (selepas proses pendaftaran). Pemohon adalah dari kategori Pegawai Sedang Berkhidmat KPSL/PSL boleh mengemaskini semua data permohonan pendaftaran pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menghubungi SPA. Pahang
  1. Apakah jawatan yang sesuai dengan kelulusan akademik saya ? Maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Jawatan di dalam Portal Rasmi SPA Pahang, http://spa.pahang.gov.my/index.php/ms/
  1. 5. Bilakah iklan jawatan kosong disiarkan ? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang menyiarkan iklan sepanjang masa di portal Suruhanjaya dan memohon jawatan yang diminati dan sesuai dengan kelayakan yang dimiliki. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Penerbitan iklan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang tidak tertakluk pada bila-bila masa,  mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.
  1. Perlukah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang ? Tidak perlu. Pemohon hanya dikehendaki mengisi dengan teliti dan sempurna semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan secara dalam talian. Dokumen yang mengandungi maklumat calon dan dokumen lain yang berkaitan perlu dibawa pada hari temu duga.
  1. Mengapa saya perlu memperbaharui pendaftaran ? Setiap pendaftaran perlu diperbaharui dengan menggunakan ID yang telah diberikan walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh satu (1) tahun. Ini membolehkan SPA mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam server data SPA Negeri Pahang. Selain itu ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh satu (1) tahun. Bagi pemohon KPSL/PSL dan Pegawai Sedang Berkhidmat, pembaharuan pendaftaran juga perlu dilakukan sendiri dengan mendapatkan ID terlebih dahulu di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (eSPA Pahang).
  1. Perlukah saya selalu mengemas kini Borang Pendaftaran eSPA Pahang ? Tuan/Puan disarankan untuk tidak terlalu kerap untuk mengemas kini borang pendaftaran eSPA Pahang, jika tiada sebarang perubahan maklumat/jawatan supaya tidak mengganggu proses tapisan yang sedang berlangsung bagi sesuatu urusan pengambilan jawatan.Temph yang disarankan adalah setahun sekali
  1. Adakah semua institusi pengajian tinggi diiktiraf? Tidak semua institusi pengajian tinggi (IPT), terutamanya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), sama ada di dalam atau di luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan. Oleh itu mereka yang ingin berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam perlu memastikan IPT dan program pengajian telah diiktiraf oleh Kerajaan. Semakan senarai IPT dan program pengajian boleh dibuat melalui pautan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/
  1. Bolehkah saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang lebih rendah? Boleh berdasarkan kepada prinsip “one step lower “ sahaja, Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil (bergantung kepada syarat lantikan). Demikian juga pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma/STP/STPM/STAM/HSC (bergantung kepada syarat skim lantikan) dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM STP/STPM/STAM/HSC berkenaan. Walau bagaimanapun, kelayakan di peringkat matrikulasi masih belum diiktiraf Kerajaan bagi maksud pelantikan dalam perkhidmatan awam.
  1. Apa akan berlaku jika saya menolak tawaran jawatan? Calon yang telah ditawarkan jawatan tetapi menolak tawaran tersebut tidak akan dikenakan apa-apa tindakan.
  1. Adakah kumpulan pemohon yang diberi pertimbangan khas? Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, peserta Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) / Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) dan Penerima Bantuan dari Kerajaan yang merupakan rakyat Negeri Pahang akan diberi pertimbangan berdasarkan tapisan khas yang ditetapkan. Mereka ini akan dipanggil temu duga berdasarkan tapisan kelayakan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan atau iklan. Walau bagaimanapun semasa menghadiri temu duga, pemohon ini dikehendaki membawa dokumen berkaitan bagi membuktikan kesahihan tersebut.
  1. Apakah kelebihan menyertai Perkhidmatan Awam? Di antara kelebihan/kemudahan yang diperolehi setelah menyertai perkhidmatan awam adalah seperti Elaun Perumahan, “Cost of Living Allowance” (COLA), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), kenaikan gaji setiap tahun, cuti tahunan mengikut kelayakan, cuti bersalin serta pinjaman perumahan.
  1. Adakah berlakunya diskriminasi di antara pelajar IPTA/IPTS? Semua pemilihan calon akan dinilai secara adil/sama rata tidak kira sama ada calon dari IPTA/IPTS berdasarkan tapisan dan merit yang ditetapkan. Selain itu, semua calon yang melepasi tapisan akan dinilai berdasarkan prestasi semasa ditemu duga.
  1. Adakah pilihan jawatan yang dipilih diberikan prioriti mengikut turutan pilihan seperti pendaftaran? Panggilan temu duga bagi sesuatu jawatan bukanlah berdasarkan turutan pilihan jawatan semasa pendaftaran. Proses dibuat apabila berlakunya permohonan pengisian kekosongan jawatan oleh SUK Negeri Pahang. Sekiranya jawatan tersebut termasuk dalam pilihan jawatan yang dibuat, maka calon akan dipanggil temu duga.

PANGGILAN TEMUDUGA

  1. Saya telah mendaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. Bilakah saya akan dipanggil temu duga? Semua pemohon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang  akan dipertimbangkan panggilan temu duga sekiranya:
  1. Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon;
  2. Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan
  3. Melepasi asas tapisan dan tapisan tambahan sekiranya perlu.

Setiap pemohon boleh menyemak pendaftaran melalui pautan Semakan Status Pendaftaran di Sistem Espa Pahang.

  1. Kenapa saya tidak dipanggil temu duga? Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang seperti:
  1. Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan Pejabat SUK Pahang.
  1. Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam server data  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang;
  1. Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya;
  1. Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon; dan
  1. Pemohon tidak melepasi asas tapisan dan tapisan tambahan sekiranya perlu.
  1. Apa akan berlaku jika saya tidak hadir temu duga ? Pemohon yang tidak menghadiri panggilan temu duga tidak akan disenaraihitamkan.
  1. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia? Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses di atas kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Server Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK Pahang). Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
  1. Mengapakah saya tidak berjaya dalam temu duga ? Calon yang gagal temu duga disebabkan prestasi temu duga yang kurang memuaskan. Sebagai contoh, tidak membuat persediaan dari segi fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemu duga, tidak membawa dokumen yang lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan lain-lain kriteria yang diambil kira oleh panel temu duga. Semua panel temu duga yang dilantik mempunyai pengalaman serta lebih arif dalam perihal jawatan bagi pemilihan calon yang bersesuaian untuk dilantik dalam perkhidmatan awam.
  1. Adakah proses untuk dipanggil temu duga dibuat berdasarkan tarikh pendaftaran seseorang calon atau dengan kata lain calon yang mendaftar lebih awal akan diberi peluang untuk ditemu duga terlebih dahulu ? Semua permohonan calon yang diterima sebelum tarikh tutup akan diproses. Ini bermakna proses tapisan akan mengambil kira pendaftaran satu tahun kebelakang sehingga tarikh tutup Iklan. Calon-calon yang berjaya melepasi tapisan dan kriteria yang ditetapkan Suruhanjaya akan dipanggil temu duga.
  1. Saya merupakan pemegang diploma. Perlukah saya membawa diploma dan transkrip semasa menghadiri temu duga sedangkan temu duga yang saya hadiri adalah jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM sahaja? Calon perlu membawa diploma dan transkrip ketika menghadiri temu duga walaupun jawatan tersebut hanya mensyaratkan kelulusan SPM sahaja kerana berdasarkan panggilan surat temu duga, calon perlu membawa semua kelayakan akademik yang telah diperolehi oleh calon tersebut.

 

Penafian

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui penyaluran maklumat portal yang tepat dan terkini. Walaubagaimanapun, maklumat yang didapati di portal ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini

Pautan

 

      FB               

                                                                                                                           

                                                          

Slideset

Slide Example

The sets are auto generated (4 items per set), item names are shown and it uses the slide effect and navigation buttons.

  • Icon 01
    Radio
  • Icon 02
    Camera
  • Icon 03
    Calendar
  • Icon 04
    Volume
  • Icon 05
    Chat
  • Icon 06
    Tunes
  • Icon 07
    E-Mail
  • Icon 08
    Google+
  • Icon 09
    Player
  • Icon 10
    Like
  • Icon 11
    Twitter
  • Icon 12
    Weather

Zoom Example

The sets are arranged manually, sets names are used as a navigation and it uses the zoom effect.

  • Icon 01
  • Icon 02
  • Icon 03
  • Icon 04
  • Icon 05
  • Icon 06
  • Icon 07
  • Icon 08
  • Icon 09
  • Icon 10
  • Icon 11
  • Icon 12
  • Icon 13

Drops Example

The sets show the item names and it uses the drops effect and navigation buttons.

  • mygov
    Malaysia Goverment
  • suk
    Pahang Goverment
  • mampu
    MAMPU
  • download1
     SPA MALAYSIA
    SPA MALAYSIA
  • JPA Vector Logo 720x340
    JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
  • spp
    SPP Malaysia
  • spr
    SPR Malaysia
  • Logo Biro Pengaduan Awan BPA
    BIRO PENGADUAN AWAM
  • MSC Status
    MSC Malaysia
  • pemudah
    PEMUDAH

Deck Example

This auto generated sets uses prev/next buttons as a navigation and the deck effect.

 

PAUTAN PORTAL KERAJAAN

mygov jata mampu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA Vector Logo 720x340 spp spr Logo Biro Pengaduan Awan BPA MSC Status pemudah
MALAYSIA GOVERMENT PAHANG GOVERMENT MAMPU SPA MALAYSIA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM SPP SPR BIRO PENGADUAN AWAM MSC MALAYSIA PEMUDAH