Chairman's message

Perutusan Pengerusi

 

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertama sekali saya panjatkan kesyukuran terhadap Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) akhirnya berjaya juga dizahirkan. Kewujudan portal ini adalah untuk menyebarluas peranan dan fungsi SPANP kepada masyarakat umum.  Seiring dengan arus pemodenan dan teknologi  maklumat pada masa ini, maka portal ini seharusnya dikongsi bersama dengan pelanggan yang pastinya inginkan maklumat di hujung jari.

Bagi merealisasikan matlamat perkongsian maklumat, maka portal ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa seiring dengan perubahan yang berlaku. Saya berharap semua masyarakat Negeri Pahang tanpa mengira agama, bangsa dan lapisan masyarakat mendapat manfaat yang berguna apabila melayari portal ini.

Bagi memastikan calon yang dilantik merupakan calon terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan di dalam perkhidmatan awam negeri Pahang. Suruhanjaya ini akan sentiasa komited dalam menggunakan aplikasi terkini bagi memudahkan pengurusan pengambilan dilaksanakan. Ini selaras dengan misi Jabatan iaitu “Untuk memilih dan melantik anggota perkhidmatan awam yang berkualiti bagi memenuhi keperluan dan pembangunan negeri Pahang”

Akhir kata, saya merakamkan ucapan penghargaan, syabas dan terima kasih kepada semua warga SPANP yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas kerjasama dalam mewujudkan portal ini.

Sekian , terima kasih.

Pengerusi

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)

PAUTAN PORTAL KERAJAAN

mygov jata mampu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA Vector Logo 720x340 spp spr Logo Biro Pengaduan Awan BPA MSC Status pemudah
MALAYSIA GOVERMENT PAHANG GOVERMENT MAMPU SPA MALAYSIA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM SPP SPR BIRO PENGADUAN AWAM MSC MALAYSIA PEMUDAH